Ekoran daripada cara hidup moden yang penuh dengan makanan segera yang kurang berkhasiat dan macam-macam tekanan hidup, pelbagai-bagai penyakit moden telahpun semakin mengancam kesihatan kita. Masalah Gastrik sudah menjadi satu masalah kesihatan yang semakin popular di antara warganegara kota.
Sebenarnya, masalah gastrik asid berlebihan ini adalah susah untuk ditangani. Ini adalah kerana masalah ini adalah seperti hantu, ia boleh menyerang anda minggu ini dan kemudian hilang untuk beberapa minggu dan datang kembali secara tiba-tiba.
Terdapat pelbagi faktor yang menyebabkan masalah gastrik asid, ada yang mengatakan bahawa ia adalah berpunca daripada cara permakanan, ada pula yang mengatakan ia berpunca daripada jangkitan bakteria, berikut adalah punca-punca gastrik yang biasa kita dengar:
Makanan Pedas
Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid, ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.
Makanan Masam
Seperti dengan makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.
Makanan Goreng
Makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih sudah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang. Kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut.
Merokok
Beberapa kajian sains menunjukan bahawa bahan kimia di dalam rokok itu boleh merangsangkan kelenjar rembesan jus gastrik. Jika merokok itu boleh merangsang saraf otak anda yang memberi rasa 'high' itu, maka ia turut boleh merangsang pam jus gastrik untuk menghasilkan rembesan jus gastrik asid.
Kopi atau Teh
Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelass sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik.
Tekanan Emosi
Cara hidup moden adalah penuh dengan macam-macam tekanan dan tekanan emosi ini akan mengganggu sistem hormon dan saraf di dalam badan yang akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya.
Jangkitan Bakteria H. Pylori
Kajian terbaru menunjukkan faktor utama masalah gastrik adalah jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria H. Pylori secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkannya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulcer perut.
Hakikat yang menyedihkan adalah bahawa doktor anda biasanya tidak tahu punca sebenarnya yang menyebabkan peningkatan rembesan jus gastrik. Apa yang mereka tahu adalah masalah gastrik adalah disebabkan oleh rembesan jus gastrik asid yang berlebihan. Ubat yang biasa dibagikan adalah seperti berikut:
Ubat Antasid - Ubat jenis ini biasanya dibuat oleh garam karbonat atau hidroksida yang berfungsi sebagai penebat asid gastrik sementara yang menghalang asid refluks daripada mengalir ke dalam tiub esofagus yang menyebabkan rasa hati terbakar (heart burn). Sungguhpun ubat jenis ini boleh memberi kelegaan yang segera, tetapi anda dinasihat supaya jangan terlalu bergantung kepada ubat jenis ini kerana ia mengandungi macam-macam bahan kimia sintetik yang susah untuk dihadam oleh badan kita. Cuba bayangkan apa akan terjadi apabila anda telan benda yang seperti chewing gum itu setiap hari.
Proton Pump Inhibitor - Ubat jenis ini bertindak dengan merencatkan sel-sel perut yang merembeskan jus asid gastrik. Tetapi masalahnya adalah jika tiada jus gastrik yang cukup untuk pencernaan, makanan yang dimakan itu akan reput dan bukannya dicerna di dalam usus anda. Apabila bahan yang tidak sempurna dicerna atau toksik reputan diserap ke dalam saluran darah, ia akan menyebabkan darah menjadi semakin kotor dan pekat yang turut akan menyebabkan macam-macam penyakit sampingan yang lain.
Seperti anda, saya turut pernah mengalami masalah gastrik yang serius. Sakit tersebut sungguh menyeksakan, saya tidak dapat bertumpu atas kerja dan hilang selera untuk makan apa-apa. Api perut itu membuat saya naik api dan menjadi sangat senang marah. Ahli-ahli keluarga saya turut rasa tertekan selepas lihat saya sakit kesengsaraan.
Saya pernah cuba semua ubat-ubat yang dinyatakan di atas, ia cuma boleh memberi kesan kelegaan yang sementara sahaja. Selepas sekian lama, api asid gastrik itu menyerang kembali dan saya perlu telan ubat-ubat kimia itu sekali lagi. Saya perlu telan semakin banyak ubat-ubat kimia itu untuk mendapat kelegaan yang sama. Saya sedar bahawa saya tidak boleh bergantung kepada bahan kimia tersebut buat selama-lamanya, ia cuma akan menjadikan badan saya semakin lemah.
Pernahkah anda menanya diri anda kenapa semakin ramai orang menghidap penyakit moden seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan mati daripada kanser? Penyakit seperti ini adalah jarang didengari pada zaman dahulu, ia mula menyerang kesihatan kita apabila cara hidup kita menjadi semakin senang dan selesa.
Jawapannya adalah perubahan cara hidup dan pemakanan yang mendadak sejak ekonomi negara mula berkembang pesat. Bagaimana ia berubah? Berikut adalah hakikatnya...
Pada Zaman Dahulu...
piramid pemakanan
Kebanyakan besar daripada makanan harian nenek moyang kita adalah berasaskan tumbuhan. Contohnya adalah beras, ubi-ubi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Mereka cuma makan daging pada hari-hari tertentu sahaja dalam setahun. Mereka mungkin tidak pernah dengar nama-nama makanan tenusu seperti keju, cheese cake, ice-cream, mayonis, tiramisu, dan macam-macam nama yang fantastik itu.
Pada Zaman Moden Kini...
Cara hidup kita pada masa sekarang adalah jauh berbeza daripada zaman dahulu. Ramai daripada kita gemar duduk di depan TV atau komputer sampai larut malam dan memaksa diri bangun awal untuk bersesak di jalan untuk sampai ke tempat kerja. Sampai ofis saja, terus pergi makan sarapan pagi yang berat dan mulakan kerja pejabat yang boring dan stress.
piramid terbalik
Selepas makan tengah hari itu, kembali ke pejabat dan... Duuuduk sahaja. Macam mana boleh fokus pada kerja? Perut sudah penuh dengan makan yang berkalori tinggi, aliran darah sudah berkumpul di perut dan usus untuk pencernaan. Apabila aliran darah ke otak berkurangan, anda turut rasa ngantuk dan letih untuk 1 atau 2 jam. Apabila betul-betul nak mula kerja itu, masa minum teh petang! Teh tarik satu!
Selepas "bersusah payah" sepanjang hari, akhirnya sampai pukul 5 petang. Balik rumah! Bersesak di atas jalan raya untuk 1 jam dan rasa stress dengan kerja yang belum siap lagi di samping mengadu dengan kesesakan lalu lintas itu. Sampai sahaja di rumah, makan lagi! Makan malam itu bukannya ringan juga. Selepas itu, duuuduk lagi... di depan TV atau komputer. Sampailah berpuas tengok macam-macam rancangan TV atau di Youtube dan Facebook. Cuma masuk tidur sekitar jam 12 tengah malam. Senaman? Mungkin tinggal 'senaman' atas katil sahaja.
Kalau hidup seperti ini untuk beberapa hari sahaja, tak apa. Masalahnya adalah ramai orang bermula hidup seperti ini sejak mereka masuk dunia pekerjaan sehinggalah mereka bersara. Anda mungkin tak rasa apa-apa masalah kesihatan (kecuali peningkatan berat badan) pada beberapa tahun yang pertama, tetapi masalah kesihatan akan mula wujud sekitar umur 30 dan ia akan bertambah banyak dan bertambah serius dari setahun ke setahun jika anda tidak ubah cara hidup itu.
Apa Kaitannya Dengan Masalah Asid Gastrik?
Makanan berprotein tinggi seperti daging, ayam, seafood dan makanan berkalori tinggi mengadungi kandungan mineral bersifat asid yang tinggi. Pengambilan makanan seperti ini untuk jangka masa panjang akan menyebabkan badan anda menjadi semakin berasid.
Secara semulajadi, badan kita akan cuba menyingkirkan asid lebihan ini melalui air kencing dan peluh. Tetapi memandangkan manusia zaman moden tidak gemar minum air dan jarang bersenam (yang menggalakkan perpeluhan), maka asid-asid lebihan ini akan berkumpul semakin banyak di dalam badan.
pH badan yang terlalu berasid akan mengancam sel-sel badan dan mengganggu fungsi-fungsi badan. Antara gejala-gejala yang menunjukkan bahawa badan anda sudah berasid adalah:
Darah Yang Pekat dan Gelap
Kandungan toksik berasid yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.
Gout Thick Blood
Kerap Rasa Letih dan Mengantuk
Darah yang telah menjadi berasid dan pekat akan mengalir dengan perlahan, ia tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
Gout Tired Sleepy
Lemah Tenaga Batin
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah badan berasid akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.
Gout Erectile Dysfunction
Masalah Gasrik atau Asid Refluks
Apabila sisa-sisa asid itu tidak dapat disingkirkan melalui air kencing atau peluh, badan terpaksa cari jalan alternatif itu kurangkan toksik berasid di dalam darah. Salah satu cara adalah dengan menyingkirkan asid dalam bentuk asid gastrik (asid hidroklorik) ke dalam perut. Penghasilan asid gastrik di dalam perut boleh akan menghasilkan molekul beralkali bicarbonat yang boleh meneutralkan asid lebihan dalam darah.
bakar perut
Masalah Gout atau Asid Urik Tinggi
Apabila kepekatan asid di dalam badan sudah mencecah tahap tepu, asid-asid akan membeku dan membentuk kristal asid di dalam sendi atau di bawah kulit yang menyebabkan masalah gout.
gaut
Kencing Manis (Type 2 Diabetes)
Kajian terbaru menunjukkan bahawa orang yang mempunyai badan yang berasid adalah lebih senang untuk menghidap penyakit Kencing Manis Jenis 2. Keadaan dalaman badan yang berasid akan merosakkan reseptor-reseptor insuli di permukaan sel-sel badan dan menyebabkan masalah Rintangan Insulin.
daibetis
Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semakin lemah ekoran daripada beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan asid dan gula yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
Gout Kidney Failed
Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?
Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis atau penyakit moden yang lain berakhir... Sungguh menyedihkan!
Sakit Gastrik Itu Cuma Satu Tanda Warning Awal!
Masalah gastrik itu sebenarnya merupakan satu tanda amaran bahawa badan anda sudah menjadi semakin berasid. Ubat-ubat gastrik itu cuma hanya menipu badan anda dengan menutup gejala gastrik ini. Akar umbi masalah gastrik ini adalah pengumpulan sisa-sisa toksik berasid yang terlalu banyak sejak bertahun-tahun dahulu. Jika turut merasai gejala lain yang berkaitan dengan badan berasid, anda harus mula untuk meneutralkan asid dalam badan sekarang juga! Bertindaklah sebelum ancaman asid itu berebak sampai ke buah pinggang dan organ-organ lain dalam badan.
Inilah produk yang saya maksudkan......
Terdapat 2 cara bagaimana untuk mengurangkan kehadiran asid berlebihan di dalam badan:-

1. Menjaga diet pemakanan. Kurangkan atau hapuskan terus
    pemakanan yang mengandungi asid.


2. Amalkan meminum air alkali.

Saya lebih berminat dengan kaedah ke 2 kerana tabiat pemakanan masakini sukar untuk diubah kecuali bila dah terlantar di hospital.

Pengalaman saya ketika diserang gastrik ialah dengan meminum air zam-zam yang memang dibekalkan oleh ibu saya. Yang hairannya pada ketika perut tengah pedih dah tekak terasa loya bila minum sahaja air zam-zam terus terasa lega. Saya pun amalkan minum air zam-zam original dari Mekah. Tapi lama-kelamaan bekalan pun habis. Saya tidak gemar beli air zam-zam yang berada di Malaysia.

Saya buat sedikit kajian apakah unsur yang terdapat pada air zam-zam. Kesimpulan yang saya dapat adalah tahap kealkaliannya dan juga unsur-unsur galian yang sangat berkhasiat.

Selepas daripada itu saya mencari-cari apakah terdapat air seperti itu di Malaysia? Sehinggalah saya bertemu dengan produk yang mana tahap kealkaliannya hampir sama dengan air zam-zam iaitu
Air Alkali Antioksida Biocera. Terdapat dalam bentuk jug mudah alih senang untuk dibawa kemana-mana dan yang penting ianya murah. Di bawah ini merupakan "brochure" yang mula-mula saya baca.



Dengan mengamalkan tabiat meminum sekitar 3 liter air beralkali setiap hari, ia boleh meneutralkan toksik asid di dalam badan dan menyingkirkannya melalui air kencing. Bukan sahaja kekerapan serangan asid gastrik boleh dikurangkan, malah seseorang itu nampak lebih segar dan cergas selepas tabiat meminum air beralkali antioksida ini menjadi kebiasaan harian.
Klik di gambar untuk maklumat lanjut tentang Produk ini
Terdapat pelbagai air alkali dipasaran tetapi anda perlulah berhati-hati memilihnya. Ini adalah kerana terdapat unsur-unsur yang meragukan. Ini adalah kerana kebanyakkanya diimport dari negara China dan ditukar label menjadi jenama tempatan. Produk ini ada sijil Halal dan juga beberapa sijil pengiktirafan dunia terhadap kualiti dan tahap kesihatannya.

Lagipun syarikat Biocera ini menghasilkan pelbagai lagi produk yang berkualiti yang sangat "famous" di luar negara seperti Biocera washing ball.

Yang paling saya minat tentang produk ini ialah tidak perlu penyelenggaraan yang merumitkan. Cukup mudah digunakan.
Legal Disclaimer: Segala maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah pandangan peribadi, ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Pemilik kandungan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang risiko dari segi kesihatan atau kewangan ekoran daripada salah faham kandungan maklumat.
Selepas membaca macam-macam buku mengenai rawatan homeopathy semula jadi dan mengumpul maklumat daripada Internet, saya berjaya berjumpa satu penemuan yang amat menakjubkan! Ia adalah mengenai bagaimana tahap pH (asid dan alkali) dalam badan kita berhubung kait dengan macam-macam penyakit moden seperti kencing manis, kanser, hipertensi, dan gastrik.
Sebelum zaman perindustrian yang menyebabkan kenaikan taraf hidup yang mendadak, nenek moyang kita (kecuali golongan yang kaya-raya) hidup dalam kemiskinan dan kesusahan, tetapi mereka hidup dengan cara hidup dan pemakanan yang normal dan semula jadi. Mereka tidur awal dan bangun awal pagi untuk bekerja di ladang atau kebun (senaman secara tidak langsung). Berikut adalah nisbah taburan makanan nenek moyang kita.
Akhirnya sampai juga tengah hari! Makanan tengah hari kegemaran orang ramai adalah nasi campur. Tetapi, cubalah tengok apakah lauk yang biasa disediakan. Di antara 20 jenis lauk yang disediakan, sekurang-kurangnya 15 lauk adalah daging, ayam, sotong, dan ikan. Dan biasanya, lauk yang paling lambat habis adalah 5 sayur-sayuran tu. Selepas makan itu, apakah minumannya? Kopi, teh, jus berwarna-warni, minuman ringan yang manis-manis belaka. Beberapa orang yang minum air sahaja? Berikut adalah piramid pemakanan manusia zaman moden...
web Korea
web Malaysia
Sijil Pengiktirafan
Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut tentang Produk ini
P/S : Diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang mengalami Gastrik sejak sekian lama pulih kepada keadaan sediakala tanpa perlu menelan ubat-ubatan yang akhirnya memudaratkan buah pinggang anda.
2009-2013 kedai-lelaki.net Copyright All Rights Reserved.
"Lakukan sesuatu yang terbaik untuk diri anda supaya hidup bertambah ceria........"
Yang Benar
"Cara Semulajadi Untuk Meneutralkan Kandungan Asid Di Dalam Badan dan Memberhentikan Masalah Gastrik Asid Buat Selama-lamanya!"
Jangan tunggu lagi! Jangan biarkan keadaan gastrik anda semakin parah. Lakukan sesuatu dengan segera. Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan akan melumpuhkan sistem buah pinggang anda.
Bagaimana Kurangkan Tahap Kandungan Asid Dalam Badan?
Antibiotik - Tujuan ubat ini digunakan adalah untuk membunuh bakteria H. Pylori yang tersembunyi di dalam dasar dinding perut. Malangnya, antibiotik am (broad spectrum antibiotics) yang digunakan bukannya khas dalam membunuh H. Pylori. Ia mungkin boleh bunuh segelintir koloni H. Pylori tetapi ia bunuh lebih banyak bakteria bagus yang penting dalam membantu pencernaan badan. Kajian terbaru turut menunjukkan spesies H. Pylori yang baru sudah mempunyai rintangan terhadap antibiotik am tersebut.